Note:For more interactive, please ensure that your PC sound in turn-on mode...R>E....

Mutiara Hati

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 41) >read surah<

Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 42) >read surah<

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 43) >read surah<

Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mumin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salam; dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 44) >read surah<

Jumaat, 25 Julai 2008

EUROSPORT CHANNEL.

EUROSPORT

VIEW IN LARGER SCREEN: CLICK HERE
EUROSPORT THEATER

Sabtu, 19 Julai 2008

Rasullulah dibawa melihat Syurga, Neraka ketika Israk Mikraj

DALAM perjalanan Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan keadaan di syurga dan neraka.

Rasulullah ketika memasuki syurga dengan diiringi Jibril, melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia.

Sesungguhnya syurga itu ada lapan jenis.

Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kubah lu'lu' yang ternganga dan Baginda terlihat pada pintu syurga tertulis ayat berbunyi: "Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda."

Rasulullah hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, lantas Baginda pun bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu.

Kata Jibril: "Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat."

Kemudian Rasulullah berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu. Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta.

Rasulullah terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu`lu' yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah.

Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah dari syurga itu.

Nabi Muhammad kemudian diperlihatkan keadaan neraka. Dalamnya ada ghadaballah (kemarahan Allah) terhadap musuh-Nya dan yang ingkar perintah-Nya. Jika dijatuhkan batu atau besi ke dalam neraka itu, nescaya hancur lebur ia dalamnya.

Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kaum memakan bangkai. Bertanya Baginda kepada Jibril: "Siapa ini, wahai Jibril?"

Jawab Jibril: "Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat."

Baginda juga dapat melihat malaikat Malik penjaga pintu neraka, lalu ia memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah menjawab salam Malik. Malik ialah malaikat yang boleh diketahui kemarahannya menerusi mukanya yang sangat masam.

Sesungguhnya neraka itu terletak di bawah tujuh petala bumi. Ia mempunyai tujuh jenis, iaitu:
· Neraka Jahannam.
· Neraka Lazha.
· Neraka Khutamah.
· Neraka Saeir.
· Neraka Saqar.
· Neraka Jahim.
· Neraka Hawiyah.

Rasulullah kemudian diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan.

Jibril tertinggal, lalu Rasulullah berhenti menunggu. Di sini Jibril pun memasukkan Baginda ke dalam nur sambil berkata: "Engkau dan Tuhan engkau saja."

Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda kepada Jibril bermaksud:

"Adakah di sini sahabat hendak meninggalkan sahabatnya?"

Berkata Jibril: "Inilah saja tempatku, jika aku melintasi kawasan ini nescaya terbakar aku dengan nur."

Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy.

Bertanya Rasulullah: "Siapa ini? Adakah malaikat?"

"Tidak," jawab lelaki itu.

"Adakah nabi?" soal Rasulullah lagi.

"Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku."

Fadhilat Jadi Isteri

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada
tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Jumaat, 18 Julai 2008

JALAN JALAN CARI SAYUR/TEH


DRAFT1

JALAN JALAN HILANG TENSION 2


DRAFT1:PUTRAJAYA

DRAFT2: SUNWAY LAGOON

DRAFT3: ZOO NEGARA



DRAFT4: AQUARIA KLCC




DRAF5: EYE ON MALAYSIA

DRAF6: MENARA KL......

Khamis, 17 Julai 2008

JALAN-JALAN HILANG 'TENSION'


Foto diabadikan di puncak Gunung Mat Cincang, Pulau Langkawi.Inilah pengalaman yang tidak ternilai bila menaiki 'Cable Car". Di puncak gunung dibina satu jambatan untuk melihat pemandangan dan kehijauan Pulau Langkawi.


Trip pertama adalah Pulau Beras Basah.Disini airnya amat jernih dan dapat , melihat ikan ikan di jeti apabila diberi makan.Dengan pantai yang bersih dan air yang jernih sesuai untuk mandi manda.


Satu pengalaman seumur hidup ke Pulau/Tasik Dayang Bunting.Untuk kesini perlu menyewa sebuah bot.Disini anda boleh mandi di Tasik dan menyewa .......... untuk berkayuh didalam tasik.

Sabtu, 12 Julai 2008

VIEW LIVE!!

RTM1

VIEW IN LARGER SCREEN: CLICK HERE
THEATER1

RTM2

VIEW IN LARGER SCREEN: CLICK HERE
THEATER2


>> back <<

Ahad, 6 Julai 2008

Dimanakah BUKIT CABANG - PERLIS


Adakah anda tahu dimanakah terletaknya Bukit Cabang - Perlis?

Terletak kira kira 20 kilometer dari bandar Kangar.Dari Bandar Kangar sila melalui jalan Kaki Bukit.

Bukit Cabang adalah sebuah kampung yang terletak diantara Pekan Padang Besar dan Kaki Bukit.Di sini juga terdapat sebuah Pusat Pemulihan iaitu Pusat Serenti Bukit Cabang.

Rata rata penduduknya adalah terdiri dari petani, peladang, penoreh getah, peniaga dan lain lain lagi.Kini banyak warga-warga emas/ penduduk awal Kg. Baru Bukit Cabang telah kembali kerahmatullah.Yang tinggal adalah perwaris2 dan generasi baru yang mencorak kehidupan di Bukit Cabang.

** sila klik disini http://www.wikimapia.org/#lat=6.6075289&lon=100.2459097&z=15&l=0&m=a&v=2 untuk mengetahui tentang lokasi dan kedudukan Kg. Baru Bukit Cabang Perlis.

Sabtu, 5 Julai 2008

Perkelahan di Sedim pada cuti Tahun Baru Cina 2008 yang lalu

Jumaat, 4 Julai 2008

Kasih Ayah Rasa Bahagia - OGOS:Memori itu datang lagi.







Ayah dan Ibu...
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi..

Kini hampir 5 tahun ayah meninggalkan dunia yang fana ini dengan seribu kenangan pahit manis bersama emak serta keluarga tercinta.Coretan ini hanyalah sebagai mengingati kembali saat saat indah bersama ayah yang bertungkus lumus menyara ahli keluarga demi sebuah penghidupan.

Tanggal 12hb Aug 2003, kira kira jam 10.10 malam handphone ku berdering ketika aku bersiap siap hendak ke tempat kerja.Melalui paparan skrin aku lihat Kg.Perlis yang sememangnya aku setkan dalam address book.Hatiku mula berdetik.Ah berita apakah ini?Tiba tiba ia berhenti berdering sebelum aku sempat menjawabnya.Debaran dada semakin kencang menanti panggilan untuk kali kedua.

Bila deringan kedua, aku dengar suara Maksu menangis teresak-esak.Ya Allah apakah yang telah terjadi. EE ayah eksiden pula..tapi kali ni teruk ..kaki ayah …Kenapa dengan kaki ayah?? Aku tidak mengerti!! Kaki ayah hancur dan putus....Subhanallah..betapa hibanya aku pada saat itu.Terbayang keadaan ayah.Aku menyuruh Maksu memberitahu abang supaya call aku balik untuk mengetahui keadaan ayah waktu itu.Telefon bimbit berbunyi lagi kali ini dari isteriku..rupa-rupanya dia telah dimaklumkan oleh abang terlebih dahulu.Panggilan dari abang meredakan keresahan kerana dia mengatakan " EE jangan bimbang semuanya o.k .pergilah kerja dulu.kalau apa apa..dia akan call balik.
Perasaanku berkecamuk.Tidak dapat membuat keputusan.Dengan hati yang berat aku meninggalkan kedua anakku untuk keluar telepon kerana kredit telefon habis.Baru 20 tapak aku melangkah anak kecilku menangis dengan sekuatnya minta jangan ditinggalkan.Terpaksa aku berpatah balik untuk untuk mengambilnya.Sebelum aku menuruni tangga, inilah perkataan keramat yang aku akan simpan sampai bila bila ketika telefon berdering lagi pada pukul 10.35 mlm.. " EE, ini berita yang paling sedih ...ayah telah kembali kerahmatullah.Doktor telah mengesahkan semasa dalam perjalanan ke hospital.

Teduduk aku.Kelu. Hanya perkataan "Innalillahhiwainnailaihirooojiuun.. Sebak dada ini hanya tuhan yang tahu.Aku pun memaklumkan pada isteriku, kerana hari itu dia berkerja petang melalui telefon yang terpaksa aku pinjam dirumah pengasuh anak perempuanku.Sebelum itu isteriku menghantar mesej dan bertanyakan bagaimana keadan sekarang.Setelah berita diterima.. isteriku bagaikan meraung kesedihan.

Aku menjemput dia ditempat kerja pada pukul 10.50 mlm.Aku memaklumkan berita ini pada Mertuaku.Dalam kesedihan, kami bersiap sedia untuk pulang ke Perlis.Jam ketika itu menunjukkan 12.05.Setelah mengisi minyak aku memandu dengan kesyahduan diiringin surah AlBaqarah yang aku pasang di kaset kereta.Didalam perjalanan yang penuh kehibaan, hujan yang mencurah curah dengan lebatnya menyebabkan aku pasrah.Kuredahi jua demi menemui jenazah ayahku yang terbujur kaku.Masa terus belalu...............

Kira kira pukul 2.30 pagi aku sampai kedestinasi.Orang sudah ramai dan ada setengahnya yang sudah pulang.Aku matikan enjin lantas meluru mendapatkan jenazah ayahku yang terbujur kaku.Perlahan aku membuka kain yang menutupi wajahnya.Perasaan siapakah yang dapat menahan kehibaan pada ketika itu.
Aku menangis teresak-esak.Sebak tidak terkata.Nasihat demi nasihat dari Tok serta PakTam dan PakNgah yang mengurut-ngurut belakangku menyuruh aku besabar.Kata PakTam kalau menangis air mata darah sekalipun ayah tetap tidak akan kembali kedunia ini.Aku terpaku disudut jenazah ayah.Baru teringat dimanakah emak?? Aku lantas mendapatkannya dan memeluk serta menciumnya.Air mata bercucuran dari kelopak kelopak kesedihan.

Kulihat Johari..sibuk menggergaji kayu untuk dibuat keranda.KakCik berkata, marilah kita membaca Ayat suci Alquran untuk disedekahkan pada roh ayah.Kesian ayah katanya.Dalam kesedihan aku mengambil wudhuk dan membaca Juzuk ke-5 untuk dihadiahkan pada ayah dan juga untuk menenangkan hatiku yang sedia berkecamuk.

Akibat terlalu keletihan aku terpaksa merebahkan diri sekejab.Selepas terjaga aku terdengar Cu Jama masih lagi meneruskan pengajiannya.Setelah selesai solat subuh aku lantas menelepon Abah ( bapa mertua) bertanyakan adakah dia mahu berkunjung atau tidak? Tapi ternyata abah ketika itu berada diatas bas dan berada di Balik Pulau.
Aku kira dia mendengar berita yang aku sampaikan semalam tapi ternyata dia tidak begitu jelas dengan panggilan yang terputus putus dan aku yang kesebakkan.Dia pun bagaikan tersirap dan terkedu serba salah.Kira kira pukul lapan pagi orang dah mula ramai mengunjungi jenazah ayah.Aku yang setia disisi menemani jenazah ayah, membuka tutupan muka setiap kali orang hendak melihat wajah ayah buat kali penghabisan.Dengan iringan Surah Yasin kuhadiahkan pada ayah tanda kasihnya bagi seorang yang bernama anak.

Tiba masanya untuk jenazah ayah di mandikan , kulihat sekujur tubuh yang kaku dengan kesan jahitan panjang melintangi dada dan perut ayah akibat bedah siasat yang dilakukan oleh pihak hospital.Aku tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat keadaan kaki ayah yang selama ini dia gunakan untuk keluar mencari rezeki untuk kami membesar dan kenal erti kehidupan akhirnya begitu kesudahannya.Inilah dinamakan takdir.Tiada siapa menyangka apa akan terjadi di masa hadapan.Abang cuba menenangkan perasaan ku pada ketika itu.Mujurlah Jen sempat pulang dari hospital sebelum ayah dikapankan setelah sama sama terlibat dalam kemalangan bersama ayah.

Setelah selesai jenazah ayah dimandikan, kulihat wajah ayah yang putih berseri.Sebelum dikafankan jenazah ayah dikenakan jubah dan serban yang dibelinya di tanah suci Mekah.Sebelum muka ayah di tutup, itu kali terakhir aku melihat wajah dan jasad ayah buat kali terkahir di dunia ini buat selama-lamanya.Aku dan keluarga menaburi bunga mengiringi jenazah ayah.

Setelah jenazah dibawa keluar dari rumah yang ayah bina untuk kami berteduh anak beranak buat kali terakhir, untuk berpindah kerumah yang serba kegelapan, aku mengiringinya ke masjid untuk disembahyangkan.Tiba di masjid orang sudah ramai yang menunggu dan selesai saja jenazah ayah dibawa keliang lahat yang telah sedia menanti untuk ayah diami dalam perjalanan menuju alam ke alam baqa.Jenazah ayah diturunkan untuk meninggalkan aku dan keluarga buat selama-lamanya.Selesai bersemadinya jenazah ayah, talkin dibaca oleh PakTeh yang juga tidak dapat menahan kesebakkan apabila menalkinkan abangnya sendiri.Apatah lagi kami anak anak ayah yang kepiluan.

klik "play" untuk lagu kenangan

BPR - Harum Subur ...


Berat kakiku meninggalkan ayah bersemadi sendirian.Akulah insan yang terakhir melangkah longlai meninggalkan pusara ayahanda.

Hujan yang turun bagaikan turut menangisi permegian ayah.Kulihat wajah tenang emak yang penuh kesedihan setelah sekian lama bersama ayah, kini tinggal keseorangan untuk terus meniti perjalanan sebuah kehidupan.

Ayah yang aku kenal dan amat aku sayang.Kali terakhir aku melihat ayah semasa hayatnya lebih kurang dua bulan lalu sewaktu aku balik bercuti.Waktu itu beg tangan isteriku hilang.Arwah ayahlah yang bersusah payah membawa aku bersama PakDin untuk menemui seseorang.Waktu aku hendak pulang semula ke Pulau Pinang arwah ayah ada menyebut yang dia hendak mengikut aku pulang.Dia rasa ingin berjumpa dengan Abah dan tinggal buat tiga atau empat hari.Dia mahu aku menghantarnya ke stesen bas di Bagan.Namun cita-citanya hancur setelah dibantah dan ditahan oleh emak yang mengatakan lain kali sajalah kerana keesokkan harinya ada kenduri mencukur kepala di rumah Long Nab.Ayah diminta oleh Kak Ani untuk menyembelih kambing.Dalam kepayahan ayah terpaksa akur.Terbayang jelas arwah ayah duduk diatas kusyen dengan perasaan kehampaan.Sebelum bertolak ..aku menghampiri ayah untuk bersalam dan aku kucupi kedua belah pipi ayah dengan penuh kasih sayang.

Sejak kecil lagi kenangan bersama ayah tak mungkin aku lupakan.Ayah merotan aku bila aku menangis untuk kesekolah waktu darjah satu malah dengan kasih sayangnya menghantar dan mengambil aku kesekolah dengan motorsikal waktu aku darjah dua.Awal pagi ayah sudah keluar untuk menoreh.Tidak kira keletihan dan kepenatan demi untuk menyara keluarganya.Bila tiba waktu untuk memproses getah kekadang ayah memanggilku atau besendirian di bangsal memproses getah.Terkadang ayahlah yang memicit getah yang beku, dengan kudrat tangannya itulah sebelah memasukkanya kedalam mesin dan sebelah lagi memulas pemutar mesin.

Pada waktu musim kemarau ayahlah yang mengandar air bertimba-timba dan bertin-tin.Dengan kudrat itulah emak dapat menggunakannya untuk keperluan harian.Tiba waktu bersawah ayahlah yang sibuk sehingga kuning kuku kakinya berendam air di sawah, dan sehingga saat saat akhir ayahpun dia masih lagi bersawah.

Ayah yang juga seorang petani, tidak membiarkan tanah usang tidak bertanam.Jagung, kacang tanah,kacang hijau, cili,bendi selalu menjadi pilihan ayah.Dengan duit yang diperolehi dari hasil bolehlah menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian.Bila tiba musim menuai ayah tidak lupa berzakat.dipanggilnya fakir miskin dan anak yatim untuk mengagihkan hasil tuaian.
Pernah suatu ketika kaki ayah dipatuk ular dan ayah terpaksa ditahan berhari hari di hospital Kangar, emak terpaksa berulang alik.Waktu itu aku amat takut kehospital.Aku manangis sekuatnya.

Hari ini hujan turun dengan lebatnya.Cuaca hari ini sangat sejuk.Ingatan aku kembali pada ayah yang sedang bersemadi bersendirian.Dulu..kalau hujan turun dengan lebat dan angin yang kuat sewaktu ayah tiada di rumah, emak sering memeluk aku.Jika tiba musim hujan ayahlah yang sering memasang pukat di alur.Pernah suatu ketika ayah di gigit oleh lintah.Berhari hari ayah menahan kesakitan.Akulah yang akan menolong meleraikan ikan ikan baung, lampam,, haruan dan sebagainya yang terlekat sebagai rezeki.Selepas itu ayah akan simpan semula pukat pukat itu di dalam jelapang padi.

Sebelum mesin digunakan untuk menuai padi ayahlah yang membuat keputusan untuk mengerat ,aku bersama emak membantu.aku yang suka membuat lorong apabila mengerat.Kekadang ayah membanting semua padi itu sehingga malam.Jika tidak berkesempatan abang pun turut membantu.

Jika ayah demam,sering dia menyuruh aku memijaknya.Dengan tubuh yang kecil aku menurut.Dilitupnya seluruh badan dengan kain agar cepat kebah daripada demam.Sewaktu aku bersunat ayahlah yang menemani aku untuk tidur dengan kain yang diikat dengan tali yang ayah letakkan di alang rumah.

Bila tiba bulan ramadhan, ayah tidak lupa membeli tulang untuk dibuat sup.Begitu juga bila lembayung ramadhan bergerak mengikut putaran alam menyambut kedatangan aidilfitri.Daun palas yang tersedia awal, agar emak dapat membuat ketupat untuk juadah dipagi mulia..

Kini semuanya telah tiada.Yang tinggal hanyalah kenangan dan nostalgia.Sawah menjadi saksi bagi titisan-titisan keringat yang ayah tumpahkan.Pepohon getah hanya tinggal parut parut kenangan.Mimbar di masjid kini tinggal gemanya.Tiada lagi suara ayah memarahi atau menegur anak muridnya.Ayahlah yang mengajar aku supaya membaca AlQuran.Jika aku tersalah atau tersilap membaca, ayah merotan aku sehingga berguguran air mata diatas helaian helaian naskah suci.

Telaga yang ayah gali, pepohon yang ayah semai menjadi waris pada anak cucunya.Seperti kata emak, sewaktu ayah pergi meninggalkan kami Izatti darjah dua,Muhammad darjah satu,Faris, Afiq dan Nuqman sudah tadika,Adibah mula merangkak dan Aina sudah mula berlari jatuh.Inilah cucu cucu yang ayah sempat lihat semasa hayatnya dikandung badan.

Aku mengenali kasih sayang seorang ayah sejak aku dilahirkan.Cuma 28 tahun.Ayah telah pergi meninggalkan dunia ini.

Oh ayah,damailah engkau disana.kutaburi doa mewangi, mengiringi pemergianmu....Wallahu'alam



ANAK AYAH – PULAU PINANG
>> back <<