Note:For more interactive, please ensure that your PC sound in turn-on mode...R>E....

Mutiara Hati

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 41) >read surah<

Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 42) >read surah<

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 43) >read surah<

Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mumin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salam; dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 44) >read surah<

Jumaat, 5 September 2008

KADAR FITRAH TAHUN 1429H/2008


Bulan ramadhan merupakan bulan yang dimuliakan oleh allah s.w.t, bulan yang penuh dengan rahmat.Allah membukan pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.Pada hambanya diberi ganjaran berlipat ganda.Bahkan, pada bulan yang mulia ini juga allah membuka pintu Maghrifat (pintu keampunan) bagi hamba-hambanya agar mereka insaf untuk bertaubat dan kembali kepangkal jalan dan akhirnya memperolehi pelepasan daripada siksaan nerakanya yang sangat pedih.

Justeru, marilah sama-sama kita melakukan amal-amal soleh pada bulan yang mulia ini, agar kita mendapat segala kurniaan yang dijanjikan oleh allah s.w.t.
Sudah menjadi ketentuan bagi umat islam menunaikan zakat fitrah pada bulan ramadhan. Tanpa mengeluarkan zakat fitrah,pahala dari ibadat puasa ramadhan akan tergantung dan tidak dapat menjadi bekalan ke-akhirat. Ibnu Umar r.a berkata yang bermaksud:


"Rasulullah s.a.w telah menentukan wajibnya zakat fitrah satu gantang dari buah tamar atau dari syair (sejenis gandum) atas setiap orang hamba abdi atau merdeka, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang dewasa dari kalangan umat islam.....,
(Riwayat Muslim)

Maka adalah wajib bagi setiap individu mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan orang-orang yang dalam tanggungannya sekiranya ia mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keprluan dirinya dan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.Perlu ditegaskan bahawa anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari wajib difitrahkan.Begitu juga orang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir ramadhan dan orang yang memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan ramadhan dan berkekalan islamnya.