Rasanya terlalu lama x update blog ni...sbb sejak timbulnya facebook ni....blogger ni orang tak main dah...tapi apa pun still dok tengok juga....tu la orang kata masa itu emas...Sekarang ni rasa 24 jam tak cukup...setiap minit ada saja kerja yang nak dibuat....ditambah pula ngan anak kecik....fuhhh...anak anak pun makin dok membesar....nak belek laptop pun curik curik masa....
Apa pa pun terus berhubung dalam facebook.;)
Jumaat, 25 Februari 2011
Ahad, 5 September 2010
Jumaat, 18 September 2009
Sabtu, 15 Ogos 2009
TRIP KE PULAU JEREJAK
Ini adalah program dibawah PROSIM - Program Suka Sains, Inggeris dan Matematik dan juga Tuisyen Sistem Jadibe_s.Program sehari ini adalah untuk memberi pengalaman dan membuka minda peserta yang terlibat dan juga aktiviti2 membina yang menyeronokkan.

perserta 'berposing' sebelum menaiki feri ke pulau.

Isnin, 3 Ogos 2009
Hari Sukan SKSG.
Sememangnya hari ini memang di tunggu...maklumlah...asyik belajar jer...nak beraktiviti juga.Dapat aje surat jemputan...asyik bercakap pasal itu jer....setiap hari...Memang seronok....Zaman inilah waktu untuk dikenang dikemudian hari.

Aksi2 adik sekitar hari sukan SKSG.

Aksi2 adik sekitar hari sukan SKSG.
Ahad, 15 Mac 2009
BAHAYA 'NATA'

Tentu anda suka atau pernah makan sejenis makanan iaitu NATA.Terdapat dipasaran disekitar kita.Tetapi apakah bahan untuk membuatnya.Rasanya adalah sejenis plastik yang bahaya seperti melamin agaknya.
Cuba anda buat seperti gambar gambar ini dan lihatlah kesannya setelah dikeringkan selama beberapa hari.

Hasilnya seakan akan plastik dan tiada serangga ingin mendekati.
"SIHAT SEPANJANG HAYAT"
Sabtu, 14 Mac 2009
Selasa, 2 Disember 2008
PERMAINAN BATANG LICIN???
Baru baru ini saya menghadiri undangan perkahwinan yang terdapat satu permainan yang amat menghiburkan.Agak sebelah petang apabila kebanyakkan tetamu sudah pulang.
Yang tinggal semuanya gelihati dan ketawa terbahak bahak melihat aksi peserta yang dibahagikan mengikut kumpulan.Disini saya sempat rakamkan untuk tatapan anda semua..R>E
Lokasi:Sungai Labu Atas, Tanjung Piandang Perak.

Khamis, 27 November 2008
Konvokesyen 2008
Akhirnya.......Setelah 3 tahun belajar mengenal apa erti alam pra persekolahan....Syuhada kini telah menggengam segulung 'ijazah' untuk menempuh alam persekolahan sebenar tahun 2009.
Bermula dari tahun 2006 ketika berumur 4 tahun, Syuhada menghabiskan masa setahun di PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam).Hanya pihak PASTI yang mahu menerima kanak kanak yang berumur 4 tahun.
siap sedia nak ke sekolah PASTI
Ketika berumur 5 tahun(2007) Syuhada telah mendaftar masuk ke Mayang Bestari Kindergarden (English) di perumahan pegawai kanan polis Sg. Dua untuk tempoh 2 tahun 2007-2008.
tahun 2007...nak ke Tadika
Selasa, 11 November 2008
Mana Badanku??
Sesekali hujung minggu macam ni lah nak gi release tension.Bawa family picnic ngan kasik budak budak mandi laut.Kena pulak angin laut yang menderu deru.Budak budak sibuk ngan istana pasirlah timbus timbus badanlah...dsbgnya.
azharihjromli.blogspot.com
Rabu, 5 November 2008
IMEJ HALIMUNAN - 3 DIMENSI
Ingat tak dulu sekitar tahun 1994-95, benda ini amat terkenal.Kalau pergi ke pekan tu...tengok orang ramai dok tengok gambar-gambar yang macam ni.Apala orang orang ni dok tengok...tak nampak apa pun....depa kata ada dinasorlah...ikan pauslah......
Inilah image halimunan.Kalau nak tengok mesti ada cara.Kalau tak kena cara berpuluh tahun pun cari tak jumpa.Cuba tengok.....dapat tak???????

KALAU TAK BOLEH TENGOK...INI CARANYA:

LAGI....Letakkan kedua dua belah tangan anda sisi mata kanan dan kiri.Julingkan mata anda.Bila juling image kan menjadi dua.Perlahan lahan gunakan mata kanan seperti lakaran diatas.
Bila dah dapat skill best kan.Wow imej yang menarik!!!!! R>E

Isnin, 3 November 2008
سلامت هاري لاهير بواتمو ايبو
ڤد ستياڤ نوۏيمبر هاري اين ڤستي داتڠ.سلامت هاري لاهير بواتمو دري انق2 يڠ ترسايڠ.سموڬ ڤنجڠ عمور دان موره رزقي
Khamis, 30 Oktober 2008
Demi Satu Penghidupan.

Siapa yang tak kenal dengan benda ini.Sekarang ni harganya melambung tinggi.Dengan benda alah inilah terbinanya sebuah penghidupan.
SIAPA BERANI PANJAT??
Pokok Kekabu ini telah berusia lebih dari 30 tahun.Sudah banyak jasa dan tidak terkira berapa biji bantal dan tilam telah terhasil daripadanya.Dulu kalau 'time' nak memproses kekabu ni amat leceh...Kalau dah kutip kekabu yang gugur, lepas tu kumpul dan pecahkan didalam tong (kebiasaan tong membanting padi) bila nak pecahkan kena tutup hidung.Habis berkemutih muka.....Tidur bantal/tilam kekabu ni best.Tak bolehlah lawan tilam /bantal moden sekarang ni.....R>E
Sambutan Deepavali Meriah!!
Sambutan Hari Deepavali sangat meriah pada tahun ini.Ini dapat dilihat dengan tembakan bunga api pada detik 12 tengah malam 27 Oct. 2008 yang lalu.Saya sempat merakam melalui telefon bimbit kerana sambutan itu bersebelahan dengan rumah.
Rabu, 29 Oktober 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU.
Selamat menempuh hidup baru sebagai suami dan isteri kepada saudara sepupu sebelah isteri, Faridha dan suami.Majlis berlangsung pada hari sabtu lalu di Kg. Kemumbung Sidam Kiri.Tahniah pada PakCik Lan sebab dapat menantu seorang lagi.

Faridha bersama suami tercinta Redhuan

Faridha bersama suami tercinta Redhuan
Selasa, 14 Oktober 2008
MAKNA BACAAN DALAM SOLAT
DEAR MY BROTHER IN ISLAM....
Solat adalah tiang agama, namun sejauh manakah kita menegakkannya selama ini??Solat kita hanyalah sekadar/ibarat melepaskan batuk ditangga.Tahukah kita apakah maknanya dalam setiap bacaan solat itu? Marilah kita hayati bersama agar mutu solat kita terpelihara dan moga moga diredhai oleh Allah SWT.~R>E~
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ahad, 12 Oktober 2008
CATATAN DUKA DI AIDILFITRI
Aidilfitri sememangnya dinanti nantikan oleh setiap individu.Bagi yang dewasa bermacam macam persiapan dilakukan apatah lagi bagi kanak-kanak.Hari hari terakhir ramadhan amatlah ditunggu-tunggu.Bagi aku sekeluarga persiapan agak sederhana.Kuih muih , baju raya anak-anak awal awal lagi sudah dibeli.Tak cukup dengan itu dibeli lagi ketika pertengahan ramadhan menghampiri.
Dua hari sebelum satu syawal menjelma, kami sekeluarga sibuk mengemas rumah.Dari segenap sudut ada sahaja tempat yang dibersihkan.Pendek kata persiapannya amat terasa apabila hari terakhir bulan suci ramadhan.Anak anak sibuk dengan bunga api, mercun dan sebagainya.Hingga malam menjelma, hari lebaran kian terasa disulami takbir memuji yang maha Esa.
1 Syawal.
Takbir demi takbir berkemundang.Berbaju baru bersalam-salaman dan bermaaf maafan.Pohon kemaafan dari ayah dan bonda mertua, saudara saudara jua.

Potret 1 Syawal 1429H
Namun kegembiraaan itu tidak lama.Hanyalah seketika malang menimpa.Kira kira jan 3.30 petang ada berita tentang musibah yang menimpa adik Amy yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya.Tersentak apatah lagi emak mertua yang dikejutkan dengan berita ini.

Tangisan demi tangisan mengenangkan peristima itu.Kami sekeluarga bergegas ke hospital untuk melihat keaadaan adik Amy.Sampai disana adik Amy masih di dalam bilik kecemasan.Hampir dua jam menunggu barulah adik Amy dibawa keluar untuk prosedur x-ray.Dia terpaksa dibedah kerana terdapat darah beku dikepala.Adik Amy cedera parah dikepala.Setelah itu adik ditempatkan di dalam ICU.Hingga malam menjelma barulah kami pulang.
2 Syawal.
Keaadaan adik masih kritikal.
.jpg)
Adik Amy Masih Kritikal
Ramai saudara mara, sahabat handai rakan taulan datang menziarahi dan setiap kali itulah air mata emak tak henti berderai.Adik terpaksa dibedah lagi.Kerana menurut doktor, masih terdapat darah beku di dalam kepala yang amat membahayakan.Jam 3.30 petang adik dibawa ke bilik bedah.

Bilik Bedah Hospital Pulau Pinang
Hampir 6 jam barulah selesai pembedahan dan selama itulah kami setia menanti dengan penuh debaran.Masa terus berlalu.........
3 Syawal.
Adik masih tidak sedarkan diri...Pulang dari hospital pergi melawat nenek yang sakit di Hospital Lam Wah EE.Nenek pun sedang kritikal didalam ICU.Dia tidak banyak berbicara hanya meminta kami berdoa untuk kesejahteraannya.
4 Syawal.
Adik masih di ICU.Kira kira jam 3.30 petang emak menerima satu panggilan mengatakan nenek sudah pergi menemui tuhan.Emak yang terkejut dengan berita itu terus pengsan tidak sedarkan diri.Keadaan menjadi kelam kabut untuk menyedarkan emak.Keadaan cemas apabila ada jururawat ICU membantu tapi tidak berjaya, akhirnya emak terpaksa di bawa ke bilik kecemasan.Hampir 3 jam barulah emak pulih dan boleh menerima kenyataan.Nenek yang menderita sakit sejak berbulan lamanya telah sempurna janjinya.

Foto kenangan nenek sebelah isteri yang pulang kerahmatullah.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.
Pulang awal dari hospital untuk menziarah nenek.Desedekahkan Yaseen untuk arwah.
5 Syawal
Urusan jenazah selesai kira kira jam 11.30 pagi.Keluarga dari Perlis juga sempat menziarahi.Terus ke hospital bersama keluarga dari Perlis menziarahi adik Amy.Kereta terpaksa ke bengkel kerana ada kerosakkan pada cermin belakang(power window).Keluarga dari Perlis bertandang kerumah untuk makan berehat dan sebagainya.
6 Syawal
Adik masih tidak sedarkan diri.Adik Amy terpaksa dibedah untuk membuat lubang dileher untuk makan dan sebanaginya.
7 Syawal
Adik dikeluarkan dari ICU ke Wad Neurologi.Keadaan tidak berubah.
8 Syawal
Adik Amy masih tidak sedarkan tapi dari hari kesehari nampak perubahan.Bengkak pada badannya pun sudah mula surut.Luka luka mula mengering.Sudah banyak pergerakkan cuma dia masih tidak berdaya unutk membuka mata.
9 Syawal
Masih Lemah.Tahlil untuk Arwah nenek.Kenduri arwah.
10 Syawal
Gilir bergilir menjaga adik Amy.Keadaan tidak banyak berubah.
11 Syawal
Mata adik Amy sudah ada tindak balas tetapi amat lemah.
12 Syawal
Masih Lemah.
....bersambung.....

Langgan:
Catatan (Atom)