Note:For more interactive, please ensure that your PC sound in turn-on mode...R>E....

Mutiara Hati

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 41) >read surah<

Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 42) >read surah<

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 43) >read surah<

Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mumin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salam; dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 44) >read surah<

Selasa, 11 November 2008

Mana Badanku??

Sesekali hujung minggu macam ni lah nak gi release tension.Bawa family picnic ngan kasik budak budak mandi laut.Kena pulak angin laut yang menderu deru.Budak budak sibuk ngan istana pasirlah timbus timbus badanlah...dsbgnya.
azharihjromli.blogspot.com

Rabu, 5 November 2008

IMEJ HALIMUNAN - 3 DIMENSI

Ingat tak dulu sekitar tahun 1994-95, benda ini amat terkenal.Kalau pergi ke pekan tu...tengok orang ramai dok tengok gambar-gambar yang macam ni.Apala orang orang ni dok tengok...tak nampak apa pun....depa kata ada dinasorlah...ikan pauslah......

Inilah image halimunan.Kalau nak tengok mesti ada cara.Kalau tak kena cara berpuluh tahun pun cari tak jumpa.Cuba tengok.....dapat tak???????









KALAU TAK BOLEH TENGOK...INI CARANYA:

LAGI....Letakkan kedua dua belah tangan anda sisi mata kanan dan kiri.Julingkan mata anda.Bila juling image kan menjadi dua.Perlahan lahan gunakan mata kanan seperti lakaran diatas.
Bila dah dapat skill best kan.Wow imej yang menarik!!!!! R>E

Isnin, 3 November 2008

سلامت هاري لاهير بواتمو ايبو



ڤد ستياڤ نوۏيمبر هاري اين ڤستي داتڠ.سلامت هاري لاهير بواتمو دري انق2 يڠ ترسايڠ.سموڬ ڤنجڠ عمور دان موره رزقي

Khamis, 30 Oktober 2008

Demi Satu Penghidupan.


Siapa yang tak kenal dengan benda ini.Sekarang ni harganya melambung tinggi.Dengan benda alah inilah terbinanya sebuah penghidupan.

SIAPA BERANI PANJAT??


Pokok Kekabu ini telah berusia lebih dari 30 tahun.Sudah banyak jasa dan tidak terkira berapa biji bantal dan tilam telah terhasil daripadanya.Dulu kalau 'time' nak memproses kekabu ni amat leceh...Kalau dah kutip kekabu yang gugur, lepas tu kumpul dan pecahkan didalam tong (kebiasaan tong membanting padi) bila nak pecahkan kena tutup hidung.Habis berkemutih muka.....Tidur bantal/tilam kekabu ni best.Tak bolehlah lawan tilam /bantal moden sekarang ni.....R>E

Sambutan Deepavali Meriah!!

Sambutan Hari Deepavali sangat meriah pada tahun ini.Ini dapat dilihat dengan tembakan bunga api pada detik 12 tengah malam 27 Oct. 2008 yang lalu.Saya sempat merakam melalui telefon bimbit kerana sambutan itu bersebelahan dengan rumah.

Rabu, 29 Oktober 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU.

Selamat menempuh hidup baru sebagai suami dan isteri kepada saudara sepupu sebelah isteri, Faridha dan suami.Majlis berlangsung pada hari sabtu lalu di Kg. Kemumbung Sidam Kiri.Tahniah pada PakCik Lan sebab dapat menantu seorang lagi.


Faridha bersama suami tercinta Redhuan