Ini adalah permainan dulu-dulu.Sejak mengenali permainan ini namanya adalah "CAPLONG".Kebanyakkannya adalah disebelah utara, dikawasan lain tak tahulah apa yang dipanggil.Kanak -kanak zaman sekarang manalah tahu apa bendanya permainan ini.Permainan Caplong ini amat mudah dan murah (tak guna kos langsung).
Ia ibarat senapang berserta peluru.Diperbuat dari buluh dan pelurunya adalah kertas yang direndam/dilembutkan dengan air.Kalau nak lebih 'advance' pelurunya adalah buah cenerai yang juga terdapat dihutan2.
Dulu kalau main perang perang , mau keliling rumah kena kejar.Tapi permainan ini semakin pupus.Kanak kanak pun tak mahu main lagi.Tak advance katanya.Main komputer game lagi best.Itulah....mungkin suatu hari nanti permainan ini akan hanya tinggal nama..........N.
Jumaat, 22 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan