Note:For more interactive, please ensure that your PC sound in turn-on mode...R>E....

Mutiara Hati

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 41) >read surah<

Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 42) >read surah<

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 43) >read surah<

Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mumin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salam; dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 44) >read surah<

Jumaat, 26 September 2008

MALAM LAILATUL QADAR (MALAM SERIBU BULAN)

Kepada Saudara saudaraku Se-Islam!!!Kini Lembayung Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.Marilah kita bersama sama berusaha untuk mencari satu malam yang terutama di sepuluh malam terakhir iaitu MALAM LAILATUL-QADR.Kelebihannya adalah bersamaan SERIBU BULAN.Berbahagialah pada siapa yang menemuinya.

HAYATILAH LAGU INI.

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT hendaknya dan berjumpa dan mendapat manfaat dari malam kemuliaan ini.AMEEN!!! ~ R>E

**untuk mengelakkan pertindihan lagu sila klik butang "pause" pada KASET DI SEBELAH KANAN BAWAH.

Ahad, 21 September 2008

Heart Attacks And Drinking Warm Water...

p/s..kalau makan sup tulang ke, sup daging ker..lagi lagi sup gear box, jgn minum air ais...nanti lemak lemak beku seperti 'figure' kat bawah...


This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about Heart Attacks . The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
C ommon Symptoms Of Heart Attack...
A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting . Be aware of intense pain in the jaw line .
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive.

Sabtu, 13 September 2008

Are You Still Complaining???

Observe around you and be thankful for all that you have in this transitory life time.....











azharihjromli.blogspot.com

Jumaat, 12 September 2008

ANAK ANAK AMANAH ALLAH

DISINI ADALAH TIP UNTUK MEMBENTUK ANAK ANAK ANDA.KITA SEMUA SEKARANG KEBANYAKKAN DAH SILAP.ANAK ANAK INI SEBENARNYA ADALAH AMANAH DARI ALLAH SWT.

BAYANGKAN SAUDARA SAUDARA KITA YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK?. TERKADANG KITA TERLALU MENURUT EMOSI.BUKAN LAMA ANAK NAK MENINGKAT DEWASA.WAKTU KECIL KITA PELUK..BELAI NAMUN BILA UMUR MENINGKAT DAN MENINGKAT DITENGKING DIPUKUL DAN SEBAGAINYA.

SATU LAGI FAKTOR ADALAH IBU/BAPA MUDA YANG BELUM SEDIA LAGI NAK JADI IBU/BAPA.WALAUPUN DAH ADA ANAK TAPI HIDUP MASIH NAK BEBAS...ANAK DIKASI MERTUA/IBU BAPA....PENGISIAN ROHANI LANGSUNG TIADA!!

** OLEH ITU HORMATILAH MASA KANAK-KANAK ANAK ANDA.BIARLAH BILA DEWASA NANTI MEREKA DAPAT JUGA MENGENANGKAN SAAT SAAT INDAH BERGELAR KANAK KANAK SEPERTI ANDA MENGENANG NOSTALGIA INDAH ZAMAN MEMBESAR DAHULU**

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah
baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi
malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu kawan-kawan panggil saya
capati/banggali. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak
kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan?
Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap
hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau
kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak.
Namanya pun budak…


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi…


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang
mereka lakukan.


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah
keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau
takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang
membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi
jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.


7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di
hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya
layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau
sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak
saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi
seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,
pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang
takleh dibeli di tempat lain.


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn
kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah
sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah
yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.


10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah
Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.


12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
– ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya
iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri
dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut
eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.


13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang
sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.


14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau
pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita
dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran
ulang tayang.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.


16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
– biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak
nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan
diorg.


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda
lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah,
atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar
dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.


19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.


20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
.

azharihjromli.blogspot.com

Sabtu, 6 September 2008

Jumaat, 5 September 2008

KADAR FITRAH TAHUN 1429H/2008


Bulan ramadhan merupakan bulan yang dimuliakan oleh allah s.w.t, bulan yang penuh dengan rahmat.Allah membukan pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.Pada hambanya diberi ganjaran berlipat ganda.Bahkan, pada bulan yang mulia ini juga allah membuka pintu Maghrifat (pintu keampunan) bagi hamba-hambanya agar mereka insaf untuk bertaubat dan kembali kepangkal jalan dan akhirnya memperolehi pelepasan daripada siksaan nerakanya yang sangat pedih.

Justeru, marilah sama-sama kita melakukan amal-amal soleh pada bulan yang mulia ini, agar kita mendapat segala kurniaan yang dijanjikan oleh allah s.w.t.
Sudah menjadi ketentuan bagi umat islam menunaikan zakat fitrah pada bulan ramadhan. Tanpa mengeluarkan zakat fitrah,pahala dari ibadat puasa ramadhan akan tergantung dan tidak dapat menjadi bekalan ke-akhirat. Ibnu Umar r.a berkata yang bermaksud:


"Rasulullah s.a.w telah menentukan wajibnya zakat fitrah satu gantang dari buah tamar atau dari syair (sejenis gandum) atas setiap orang hamba abdi atau merdeka, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang dewasa dari kalangan umat islam.....,
(Riwayat Muslim)

Maka adalah wajib bagi setiap individu mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan orang-orang yang dalam tanggungannya sekiranya ia mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keprluan dirinya dan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.Perlu ditegaskan bahawa anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari wajib difitrahkan.Begitu juga orang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir ramadhan dan orang yang memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan ramadhan dan berkekalan islamnya.