Note:For more interactive, please ensure that your PC sound in turn-on mode...R>E....

Mutiara Hati

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 41) >read surah<

Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 42) >read surah<

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 43) >read surah<

Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mumin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salam; dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 44) >read surah<

Khamis, 30 Oktober 2008

Demi Satu Penghidupan.


Siapa yang tak kenal dengan benda ini.Sekarang ni harganya melambung tinggi.Dengan benda alah inilah terbinanya sebuah penghidupan.

SIAPA BERANI PANJAT??


Pokok Kekabu ini telah berusia lebih dari 30 tahun.Sudah banyak jasa dan tidak terkira berapa biji bantal dan tilam telah terhasil daripadanya.Dulu kalau 'time' nak memproses kekabu ni amat leceh...Kalau dah kutip kekabu yang gugur, lepas tu kumpul dan pecahkan didalam tong (kebiasaan tong membanting padi) bila nak pecahkan kena tutup hidung.Habis berkemutih muka.....Tidur bantal/tilam kekabu ni best.Tak bolehlah lawan tilam /bantal moden sekarang ni.....R>E

Sambutan Deepavali Meriah!!

Sambutan Hari Deepavali sangat meriah pada tahun ini.Ini dapat dilihat dengan tembakan bunga api pada detik 12 tengah malam 27 Oct. 2008 yang lalu.Saya sempat merakam melalui telefon bimbit kerana sambutan itu bersebelahan dengan rumah.