Note:For more interactive, please ensure that your PC sound in turn-on mode...R>E....

Mutiara Hati

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 41) >read surah<

Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 42) >read surah<

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 43) >read surah<

Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mumin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salam; dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.(QS. Surah 33-Al-Ahzab:Ayat 44) >read surah<

Ahad, 12 Oktober 2008

CATATAN DUKA DI AIDILFITRI

Aidilfitri sememangnya dinanti nantikan oleh setiap individu.Bagi yang dewasa bermacam macam persiapan dilakukan apatah lagi bagi kanak-kanak.Hari hari terakhir ramadhan amatlah ditunggu-tunggu.Bagi aku sekeluarga persiapan agak sederhana.Kuih muih , baju raya anak-anak awal awal lagi sudah dibeli.Tak cukup dengan itu dibeli lagi ketika pertengahan ramadhan menghampiri.

Dua hari sebelum satu syawal menjelma, kami sekeluarga sibuk mengemas rumah.Dari segenap sudut ada sahaja tempat yang dibersihkan.Pendek kata persiapannya amat terasa apabila hari terakhir bulan suci ramadhan.Anak anak sibuk dengan bunga api, mercun dan sebagainya.Hingga malam menjelma, hari lebaran kian terasa disulami takbir memuji yang maha Esa.

1 Syawal.
Takbir demi takbir berkemundang.Berbaju baru bersalam-salaman dan bermaaf maafan.Pohon kemaafan dari ayah dan bonda mertua, saudara saudara jua.

Potret 1 Syawal 1429H

Namun kegembiraaan itu tidak lama.Hanyalah seketika malang menimpa.Kira kira jan 3.30 petang ada berita tentang musibah yang menimpa adik Amy yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya.Tersentak apatah lagi emak mertua yang dikejutkan dengan berita ini.


Tangisan demi tangisan mengenangkan peristima itu.Kami sekeluarga bergegas ke hospital untuk melihat keaadaan adik Amy.Sampai disana adik Amy masih di dalam bilik kecemasan.Hampir dua jam menunggu barulah adik Amy dibawa keluar untuk prosedur x-ray.Dia terpaksa dibedah kerana terdapat darah beku dikepala.Adik Amy cedera parah dikepala.Setelah itu adik ditempatkan di dalam ICU.Hingga malam menjelma barulah kami pulang.

2 Syawal.
Keaadaan adik masih kritikal.

Adik Amy Masih Kritikal

Ramai saudara mara, sahabat handai rakan taulan datang menziarahi dan setiap kali itulah air mata emak tak henti berderai.Adik terpaksa dibedah lagi.Kerana menurut doktor, masih terdapat darah beku di dalam kepala yang amat membahayakan.Jam 3.30 petang adik dibawa ke bilik bedah.

Bilik Bedah Hospital Pulau Pinang


Hampir 6 jam barulah selesai pembedahan dan selama itulah kami setia menanti dengan penuh debaran.Masa terus berlalu.........

3 Syawal.
Adik masih tidak sedarkan diri...Pulang dari hospital pergi melawat nenek yang sakit di Hospital Lam Wah EE.Nenek pun sedang kritikal didalam ICU.Dia tidak banyak berbicara hanya meminta kami berdoa untuk kesejahteraannya.

4 Syawal.
Adik masih di ICU.Kira kira jam 3.30 petang emak menerima satu panggilan mengatakan nenek sudah pergi menemui tuhan.Emak yang terkejut dengan berita itu terus pengsan tidak sedarkan diri.Keadaan menjadi kelam kabut untuk menyedarkan emak.Keadaan cemas apabila ada jururawat ICU membantu tapi tidak berjaya, akhirnya emak terpaksa di bawa ke bilik kecemasan.Hampir 3 jam barulah emak pulih dan boleh menerima kenyataan.Nenek yang menderita sakit sejak berbulan lamanya telah sempurna janjinya.

Foto kenangan nenek sebelah isteri yang pulang kerahmatullah.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Pulang awal dari hospital untuk menziarah nenek.Desedekahkan Yaseen untuk arwah.

5 Syawal
Urusan jenazah selesai kira kira jam 11.30 pagi.Keluarga dari Perlis juga sempat menziarahi.Terus ke hospital bersama keluarga dari Perlis menziarahi adik Amy.Kereta terpaksa ke bengkel kerana ada kerosakkan pada cermin belakang(power window).Keluarga dari Perlis bertandang kerumah untuk makan berehat dan sebagainya.

6 Syawal
Adik masih tidak sedarkan diri.Adik Amy terpaksa dibedah untuk membuat lubang dileher untuk makan dan sebanaginya.

7 Syawal
Adik dikeluarkan dari ICU ke Wad Neurologi.Keadaan tidak berubah.

8 Syawal
Adik Amy masih tidak sedarkan tapi dari hari kesehari nampak perubahan.Bengkak pada badannya pun sudah mula surut.Luka luka mula mengering.Sudah banyak pergerakkan cuma dia masih tidak berdaya unutk membuka mata.

9 Syawal
Masih Lemah.Tahlil untuk Arwah nenek.Kenduri arwah.

10 Syawal
Gilir bergilir menjaga adik Amy.Keadaan tidak banyak berubah.

11 Syawal
Mata adik Amy sudah ada tindak balas tetapi amat lemah.

12 Syawal
Masih Lemah.




....bersambung.....